Terma & Syarat

1. Pesanan boleh dibuat melalui penghantaran email ke sareekami@gmail.com (Jimat kos :D ) @ SMS @ calling2 no. ni 0133975266.


2. Sila nyatakan dengan jelas NAMA PENUH, ALAMAT, NO. TELEFON, EMAIL dan KOD KAIN pilihan anda. Sila rujuk kod kain di bahagian bawah setiap gambar kain.


3. Kepada mereka yang berminat, tapi masih belum cukup bajet, boleh booking dulu. Bayaran RM10 akan dikenakan untuk caj booking. Tempoh booking adalah selama lima (5) hari, selepas 5 hari, sekiranya pembayaran penuh belum dibuat, kain tersebut akan dibuka semula untuk jualan umum.


4. Bayaran booking tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya anda membatalkan booking atau gagal membuat bayaran penuh dalam masa yang ditetapkan.


5. Sebaik menerima pesanan, stok akan disemak terlebih dahulu untuk mengelakkan berlaku masalah stok produk yang telah ditempah sebelumnya. Pengesahan akan diberikan samada melalui email atau sms.


6. Jumlah sebenar yang perlu dibayar termasuk kos produk dan penghantaran / pengeposan bersama pengesahan tempahan akan turut dimaklumkan. Panduan asas untuk mengetahui kadar umum yang dikenakan untuk pos laju, sila lawati www.pos.com.my . Selepas makluman pengesahan dari kami, tempahan anda akan disimpan untuk tempoh dua (2) hari sahaja. Sekiranya tiada bayaran penuh dalam tempoh tersebut, maka tempahan anda dianggap batal dan kami berhak untuk membuka semula produk tersebut untuk jualan.


7. Bayaran boleh dibuat melalui ‘bank transfer’ ke akaun maybank/bank islam/cimb seperti yang tertera.


8. Emailkan slip pembayaran anda ke sareekami@gmail.com untuk tujuan semakan seterusnya pemprosesan penghantaran pesanan.


9. Pihak kami hanya akan membuat penghantaran pada hari Selasa dan Khamis sahaja.


10. Sebarang kerosakan pada produk (mungkin terlepas pandang oleh pihak kami), perlulah segera dimaklumkan kepada kami melalui email/sms/call untuk tindakan selanjutnya dan boleh diposkan kembali ke pihak kami dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pembelian. Kos penghantaran kembali ditanggung oleh pembeli. Wang anda akan dikembalikan.


11. Pembatalan pesanan adalah tidak dibenarkan sekiranya pengesahan pesanan telah dihantar oleh pihak kami.